Tuesday, December 21, 2010

USAHASAMA PERNIAGAAN DI ANTARA YAYASAN NUSRAH BERSAMA PELAJAR THAILAND

Pada 20 Disember 2010, kedai Amal Yayasan Nusrah menerima kunjungan daripada dua orang pelajar Thailand yang menuntut di Kolej Univesiti Insaniah iaitu saudara Muhammad dan saudari Rohani. Pelajar yang mengambil jurusan syariah ini berminat untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Yayasan Nusrah yang mana yayasan amat mengalu-alukan dan sentiasa menghargai usaha pelajar ini untuk membantu mengembangkan perniagaan yayasan ke negara jiran.

Pada hari tersebut kedua penuntut kolej Insaniah telah membeli lebih daripada 30 pasang pakaian terpakai yang terdiri daripada baju kurung, kemeja dan pakaian lelaki untuk dipasarkan di negara mereka. Melalui usahasama dengan penuntut Thailand ini, secara tidak langsung telah membuka peluang perniagaan untuk yayasan bertapak di negara gajah putih itu. Hal ini kerana, mereka dapat membantu Yayasan untuk mencari sekolah-sekolah pondok yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama-sama. Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan pertukaran perniagaan di antara Yayasan dan masyarakat di Thailand.

Diharapkan usaha murni penuntut ini untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan Yayasan Nusrah akan berkekalan dan terus berkembang. Yayasan juga berbesar hati sekiranya terdapat pihak-pihak lain yang sudi menjalinkan usahasama untuk memasarkan barangan yayasan yang mana barangan yayasan tidak terhad kepada pakaian terpakai sahaja malah yayasan juga turut menjual produk kesihatan seperti madu lebah dan habbatus sauda.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”


Penuntut Thailand sedang sibuk memilih pakaian yang hendak dipasarkan di negara mereka.

Pekerja sosial (kanan) memerhatikan saudari Rohani memilih baju kurung yang berkenan di hati

Kakitangan Yayasan Nusrah memberi peneranagn mengenai pakaian yang dijual di kedai Amal Yayasan Nusrah sambil diperhatikan oleh saudara Muhammad dan saudari Rohani (pelajar Thailand)

No comments: