Wednesday, December 22, 2010

SEKITAR BENGKEL PENULISAN BUKU

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Yayasan Nusrah berjaya melaksanakan bengkel penulisan buku bersama guru-guru sekolah agama sekitar negeri Kedah, di mana bengkel ini diterajui oleh saudari Fitriah. Pada 18 dan 22 Disember seramai 18 orang tenaga pengajar dari pelbagai sekolah telah menghadiri bengkel yang diadakan di Dewan Budaya Institusi Aminuddin Baki, Jitra Kedah. Pada sesi pertama, peserta didedahkan dengan manfaat yang dapat diperolehi melalui penghasilan karya dan bimbingan menyediakan kertas kerja. Pada sesi berikutnya, peserta diminta untuk membentangkan kertas kerja yang dihasilkan bagi tujuan penilaian oleh juri dan seterusnya diberi berpeluang menerbitkan buku dengan kerjasama Yayasan Nusrah. Bengkel penulisan seumpama ini dilihat mampu mencungkil bakat baru disamping boleh menjana sumber pendapatan sampingan bagi mereka yang benar-benar berbakat. Yayasan Nusrah melihat program seperti ini sebagai satu usaha untuk membantu golongan asatizah menambahkan pendapatan mereka, dengan harapan golongan ini tidak hanya tertumpu kepada bidang pengajaran semata-mata tetapi mampu menghasilkan karya yang bermutu. Melihat kepada kesungguhan para peserta semasa mengikuti bengkel ini, pihak yayasan berbesar hati sekiranya berpeluang untuk mengadakan bengkel ataupun kursus dengan para asatizah pada masa hadapan.

“Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat”


Peserta bengkel sedang membentangkan kertas kerja masing-masing.

Peserta bengkel khusyuk mendengar pembentangan rakan-rakan yang lain

Penceramah jemputan Ustaz Zaki tengah menyampaikan ceramah kepada peserta

No comments: