Wednesday, January 5, 2011

SUMBANGAN UNTUK MEMBINA SURAU BAGI PENDUDUK TAMAN SERI MERANTI DAN TAMAN RESAK

Assalamualaikum wbt kepada semua saudara Islam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat rayuan derma bagi pembinaan surau Al Muhtadin. Surau Al Muhtadin ini terletak ditengah-tengah taman di antara Taman Resak dan Taman Seri Meranti. Surau ini kelak akan digunakan oleh semua qariah bagi Taman Resak (1,2 dan 3), Taman Seri Meranti dan juga Taman Seraya. (lebih kurang seramai 2000 orang). Kos pembinaan surau adalah dijangkakan dalam RM 150,000 ke 200,000.00.

Saya bagi mewakili Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Surau Al Muhtadin ingin merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab kita ke atas perkembangan agama ALLAH dengan mendermakan sejumlah wang atau lain-lain bentuk sumbangan bagi membantu pembinaan surau tersebut.

Kami telah berjaya mendapatkan surat sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu untuk membuka akaun SURAU AL-MUHTADIN.

Nombor akaun surau Al-Muhtadin adalah: 02093027514670 Bank Islam Malaysia Berhad cawangan UUM, Sintok.

Untuk makluman semua akaun Surau atau Masjid dengan BIMB hanya akan dapat dibuka selepas mendapat kelulusan dari Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu. Sumbangan kewangan bolehlah dibuat terus ke dalam akaun Surau Al Muhtadin BIMB melalui:-

1. Kaunter bank

2. Mesin ATM (melalui pindahan akaun ke akaun lain-lain (masukkan no. akaun surau)

3. BIMB atau bank lain secara on-line (pastikan nombor akaun betul)

atau Boleh terus serah kepada saya dengan mengambil resit. Lain-lain bentuk sumbangan bolehlah terus hubungi saya. Di harapkan juga muslimin dan muslimat semua dapat menghebahkan rayuan ini kepada semua yang lain samada individu, syarikat atau lain-lain organisasi. Kami berharap surau ini akan dapat siap dibina dan digunakan menjelang bulan Ramadan 2011 nanti.

Pengerusi : Nizamuddin 019 5589476

Timbalan Pengerusi : Pak Yusof (taman Meranti) 019 4760327

Setiausaha : Mohd. Asri (Tmn Resak) 019 4192476

Tim. Setiausaha : Mohd. Noor (Tmn Resak) 013 5036946

Bendahari : Zainol (Tmn Meranti) 019 6183155

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata; Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya yang berterusan selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al-Quran yang diwarisinya atau masjid (surau) yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya.”

Semoga rayuan kami ini akan mendapat maklumbalas, perhatian dan keperihatinan dari semua muslimin dan muslimat dan semoga dengan itu juga akan mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH S.W.T. dan sentiasa mendapat pahala yang berpanjangan serta kejayaan dan keselamatan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Bersamalah membantu membina rumah ALLAH.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak,

Pembinaan Surau Al-Muhtadin Taman Resak & Taman Sri Meranti,

No comments: