Wednesday, April 13, 2011

SLOT YAYASAN NUSRAH DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Pada 13 April 2011, Yayasan Nusrah telah mendapat slot ceramah bertempat di Institut Aminuddin Baki cawangan utara, Jitra diatas hasil usaha saudari Fitriah Lazim. Antara yang hadir adalah Tuan Haji Ghani iaitu Pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan utara itu sendiri. Manakala dari pihak yayasan pula diwakili oleh Dr. Nadiyah Elias dan Fitriah Lazim. Pihak Yayasan Nusrah telah menerbangkan khas penceramah dari Kemboja iaitu Hajjah Masyitah, Presiden ACCAM bertujuan memberi penerangan mengenai kehidupan seharian seorang muslim di kawasan luar bandar Kemboja.

Slot ceramah di IAB dimulakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nusrah iaitu Dr. Nadiyah Elias dimana beliau menerangkan mengenai Yayasan Nusrah. Kemudian, sesi seterusnya iaitu sesi soal jawab disambung oleh Hajjah Masyitah. Para peserta yang hadir begitu teruja mendengar penjelasan daripada beliau. Beliau juga fasih berbahasa melayu dan ini memudahkan lagi hubungan dua hala ketika perbincangan berlangsung. Setelah selesai sesi Hajjah Masyitah, kini giliran Saudari Fitriah Lazim membentangkan laporan mengenai Lawatan Amal ke Kemboja yang lalu. Beliau menunjukkan gambar-gambar yang diambil sepanjang lawatan iaitu gambaran suasana di kampung, barang dan alatan yang telah disumbangkan oleh pihak yayasan dan lain-lain lagi.

Program yang telah berlangsung ini telah memberi banyak manfaat kepada para peserta Institut Aminuddin Baki dan mereka juga berminat untuk mengadakan lawatan amal ke Kemboja dalam jangka masa terdekat. Semoga dengan adanya program seperti ini, masyarakat akan dapat mengetahui gambaran sebenar suasana umat Islam di Kemboja.









"Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat"