Saturday, October 30, 2010

Yayasan Nusrah Gerak Gempur di UUM

Pada 31 Oktober 2010 bersamaan hari Ahad, Yayasan Nusrah tidak ketinggalan menjalankan aktiviti memperkenalkan Yayasan Nusrah. Ini adalah aktiviti pertama yang dianjurkan oleh yayasan selepas sebulan ditubuhkan.Seramai 7 orang pekerja yayasan bersama 2 orang sukarelawan bersama-sama menggerakkan aktiviti promosi yayasan.

Walaupun hujan lebat mengiringi perjuangan kami,tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat petugas untuk hari ini.Konvo UUM ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari hari ahad hinggalah ke hari Selasa ini. Kami sebagai penggerak kepada Yayasan Nusrah akan berada di tapak konvo selama 3 hari berturut-turut demi memperkenalkan Yayasan kepada orang ramai.






Monday, October 18, 2010

Aktiviti Gotong-Royong Kedai Amal

Tempat : Kedai Amal Yayasan Nusrah

Tarikh : 16/10/2010 (Sabtu)

Pada hari sabtu yang lalu, alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T, satu aktiviti gotong-royong telah berjaya di adakan di Kedai Amal Yayasan Nusrah.

Aktiviti gotong-royong ini telah di bantu oleh sekumpulan sukarelawan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Kesemua 5 orang sukarelawan telah di ketuai oleh Dr. Zakiyah Jamaluddin. Dr. Zakiyah merupakan pensyarah di UUM merangkap pengerusi Kedai Amal Yayasan Nusrah. Kesemua 5 sukarelawan yang dimaksudkan ialah Siti Nur Ashikin, Norhanis Hadira, Raihanah, Norasimah dan Noor Hashila.

Aktiviti tersebut telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Aktiviti gotong-royong ini tertumpu kepada kerja-kerja mengemas dan mengasingkan pakaian yang didermakan oleh orang ramai. Pakaian-pakaian tersebut telah diasingkan mengikut beberapa kategori seperti baju kanak-kanak dan dewasa. Bagi baju-baju yang masih elok dan boleh dipakai, ia akan dijual di Kedai Amal dengan harga yang berpatutan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui barangan yang dijual dan membelinya dari Kedai Amal boleh berbuat demikian di Kedai Amal sendiri di alamat No 80 Sisiran 7, Taman Siswa UUM, 06000 Bandar Darulaman atau layari http://www.yayasannusrah.com.my/onlinestore/ untuk pembelian secara online.

Pihak Yayasan Nusrah mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua sukaralawan yang sanggup meluangkan masa masing-masing membantu pihak pengurusan Kedai Amal mengadakan gotong-royong tersebut. Masa yang diluang oleh kesemua sukarelawan ini umpama sedekah yang dilakukan dan insyaAllah akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”

Antara sukarelawan yang terlibat


sedang mengemas pakaian


pakaian yang sedia untuk dijual

Saturday, October 16, 2010

Ahlan wasahlan...

assalamualaikum....
apa khabar semua?harap sihatlah..hari ni hari Sabtu,so..saya kena kerja jugak sebab nak settle kedai amal tu..walaupun agak penat,saya seronok sebab ramai yang dtg tolong saya kemas baju..ad la dlm 5 org sukarelawan dari UUM...tambah kawan saya yang slalu sokong saya 2 org dan anak makcik Anum, syifa.Alhamdulillah..walaupun x habis lagi,saya rasa saya x lagi keseorangan..sebab selama ni saya buat kerja mengemas tu cuma seorang diri saja..baru 3 hari ni je saya ada penolong iaitu staff yg g kwn saya,wani..ada jugak la teman untuk saya berbicara...sekarang ni tinggal nak gantung baju2 yang bnyk & buat pengelasan baju2 yang nak dibuat kain perca..esok mungkin saya akan ke kedai amal lagi..kepada sesiapa nak beli baju di kedai amal ni silalah dtg sini..saya mohon war-warkan tentang kedai amal ni kepada golongan kurang mampu....saya mengalu-alukan kedatangan anda semua...sesiapa yang nak kerja sebagai sukarelawan berbayar pun boleh dtg ke kedai amal...saya memerlukan pekerja...sekian terima kasih..insya-Allah..we find the way...

Sunday, October 10, 2010

assalamualaikum.........
salam pengenalan..saya jamilah nusrah...pekerja sosial dan pengurus kedai amal..jangan lupa dtg ke kedai amal membeli sambil menderma...tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat..hari ni saya belajar landmark jalan...saya dah cekap kawasn jitra..hahaha
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan Yayasan Nusrah sila hubungi Zafirah Mat Yusoff 019-5581360 atau emelkan keterangan diri dan no tel anda ke zafirah@yayasannusrah.com.my . Tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat...
PROGRAM KORBAN BERSAMA IBU TUNGGAL: KEPADA IBU TUNGGAL DAN SESIAPA YANG BERMINAT UTK MELAKUKAN IBADAH KORBAN BOLEH TEL NO YG TERTERA..ATAU DTG KE PEJABAT URUSAN YAYASAN NUSRAH DI ALAMAT NO. 1, SISIRAN 7, TAMAN SISWA UUM, BANDAR DARULAMAN JITRA.. NO TEL: 1) DR. NADIYAH BT ELIAS - 0124221900... 2) ZAFIRAH MAT YUSOFF - 0195581360... HARGA KORBAN INDIVIDU - RM350, IBU TUNGGAL - RM150.

Thursday, October 7, 2010

Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat

Assalammualaikum saya ucapkan kepada pembaca yang budiman. Terima kasih kerana mengunjungi halaman Yayasan Nusrah. Disini Saya telah ditugaskan sebagai Pembantu Peribadi Kepada Dr. Nadiyah iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nusrah. Saya ingin menyeru supaya pembaca semua bersama memberi sokongan terhadap Yayasan kami. Sokongan dari anda dapat menguatkan lagi Yayasan kami. Marilah kita bersama membantu mereka yang memerlukan bantuan kita, disamping dapat menggandakan pahala dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Ikhlas dan perihatin dari saya Nana Nusrah......

Wednesday, October 6, 2010

Salam...dari pasukan pekerja sosial Yayasan Nusrah

Kepada semua kawan-kawan..saya Zafirah Nusrah. Pekerja sosial dari Yayasan Nusrah. Marilah bersama-sama join blog ni dan dapatkan pelbagai info mengenai Yayasan Nusrah...sambil-sambil tu..jom la jadi sukarelawan yayasan..."Tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat"...