Saturday, October 30, 2010

Yayasan Nusrah Gerak Gempur di UUM

Pada 31 Oktober 2010 bersamaan hari Ahad, Yayasan Nusrah tidak ketinggalan menjalankan aktiviti memperkenalkan Yayasan Nusrah. Ini adalah aktiviti pertama yang dianjurkan oleh yayasan selepas sebulan ditubuhkan.Seramai 7 orang pekerja yayasan bersama 2 orang sukarelawan bersama-sama menggerakkan aktiviti promosi yayasan.

Walaupun hujan lebat mengiringi perjuangan kami,tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat petugas untuk hari ini.Konvo UUM ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari hari ahad hinggalah ke hari Selasa ini. Kami sebagai penggerak kepada Yayasan Nusrah akan berada di tapak konvo selama 3 hari berturut-turut demi memperkenalkan Yayasan kepada orang ramai.






2 comments:

Shakiroh Nusrah said...

wah...syoknya.nak join jugak cane yer

umi nadiyah nusrah said...

Ha, nampak saja gambarnya cerah, beberapa ketika selepas itu terus hujan turun sepanjang dua hari. Petang hari kedua kami terpaksa pulang ke Jitra melaui jalan detour iaitu melalui Bukit Tanga, Bukit Kayu hitam, Changlun, Arau - jitra. Antara Arau - Jitra hampir terperangkap dalam banjir yang mendatang di jalan. Adventure! Hari ketiga majlis konvokesyen dibatalkan dan Yayasan tutup beberapa hari akibat banjir. Insyallah, selepas selesai cerita banjir dan operasi membantu mangsa banjir, kita akan kembali menjalankan kempen promosi Yayasan