Tarikh : 2 November 2010 (Selasa)
Tempat : Sekitar Bandar Darulaman
Setelah beberapa hari hujan turun tanpa henti, hari ini krew Yayasan Nusrah berkesempatan meninjau keadaan kawasan setempat khususnya di sekitar Bandar Darulaman setelah awan mendung berarak pergi dan cahaya matahari bersinar kembali . Bagaikan pesta, begitu ramai manusia, baik orang dewasa, remaja dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang menjengah kawasan-kawasan yang ditakungi air. Pelbagai gelagat dipamerkan dengan ada yang memberi reaksi teruja, ada yang bergelak-ketawa dan ada yang menebarkan jala mencuba rezeki di air yang agak bergelora.
Beberapa batang jalan raya ditutup termasuk juga kawasan lebuh raya berhampiran 'exit' Bandar Darulaman. Paras air yang semakin melimpah menyebabkan arus deras membawa gelombang air melimpahi kawasan-kawasan rendah yang rata-rata terletak berhampiran sungai.
Jalan raya menuju PJ2 ditakungi air
Keadaan banjir di depan Yawata Jitra
Jalan menuju ke Wang Tepus ditenggelami air
Menjala di lebuh raya

No comments:
Post a Comment