Pasukan penggempur Yayasan Nusrah hari ini memulakan mesyuarat bagi memulakan operasi bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini. Fokus yayasan adalah untuk menyumbang dari segi tenaga sekitar kawasan kubang pasu.Jadi pihak yayasan mengalu-alukan bantuan daripada orang ramai dalam menguruskan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa2 banjir sekitar jitra. Sekiranya orang ramai berminat untuk turut serta menjadi sukarelawan yayasan bermula selasa ini bolehla menghubungi kami di talian 04-9190051 secara terus. Pihak yayasan juga melancarkan tabung derma daripada orang ramai yang prihatin dengan keadaan mangsa banjir ini. Antara tabung derma yang dilancarkan adalah Derma Umum Banjir, Dema Bantal RM5 dan Derma Cadar RM17.
Derma Umum Banjir adalah bertujuan untuk mengutip sumbangan dari org ramai dan wang yang didermakan akan diperuntukkan untuk membeli barangan keperluan wajib yang difikirkan perlu untuk mangsa banjir yang berurusan dengan pihak yayasan.Sementara Derma Bantal RM5 bertujuan untuk mengutip derma bagi menghulurkan sumbangan bantal kepada mangsa2 banjir yang terlibat. Setiap satu bantal berharga RM5 dan bantal tersebut akan disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan Derma Cadar yang bernilai RM17 setiap satu bertujuan membantu mangsa banjir yang tidak mempunyai cadar sebagai alas untuk tidur selepas semua kelengkapan yang telah rosak oleh banjir.
Jadi kami menyeru kepada warga Malaysia yang prihatin dengan keadaan yang dialami oleh mangsa menghulurkan sumbangan dari segi tenaga ataupun wang ringgit.Sumbangan anda Insyaallah hanya Tuhan yang dapat membalasnya walaupun sedikit.
Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan bolehla terus menghubungi pihak Yayasan Nusrah di talian 04-9190051 atau 0134469523(Shakiroh).
“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”
No comments:
Post a Comment