Saturday, November 6, 2010

Yayasan Kembali Beroperasi Setelah Banjir Melanda
























Hari ini bermulanya operasi di Yayasan Nusrah setelah banjir melanda Jitra bermula 1 November 2010.Huh memang banjir kali ini merupakan banjir yang paling buruk selepas tahun 2005...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana ramai dikalangan rakyat malaysia prihatin dengan menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan bantuan makanan kepada mangsa banjir.Yayasan Nusrah juga tidak melepaskan peluang ini untuk beramal kepada insan yang memerlukan sejajar dengan matlamat kami "tolong menolong ,kebaikan bersama dunia akhirat".

Insyaallah yayasan nusrah akan menggembleng tenaga untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat walaupun tidak secara keseluruhan tapi sedikit sebanyak meringankan beban mangsa itu sendiri.Diharap kepada mereka2 yang prihatin dan ingin turut serta menghulurkan sumbangan bolehla menghubungi yayasan nusrah di talian 04-9190051.

No comments: