Wednesday, December 15, 2010

Bengkel Penulisan Buku Agama

BENGKEL Penulisan Buku Agama 2010 bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan keagamaan akan diadakan di Institut Aminuddin Baki, Jitra, pada 18 dan 21 Disember ini, jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Program anjuran Yayasan nusrah kelolaan Fitriah Mohd Lazim bakal memberi pendedahan kepada peserta yang meminati penulisan karya agama selain berkongsi pengalaman dalam penghasilan karya bermutu.
“Kami mensasarkan penyertaan guru agama kerana mereka ada pengetahuan asas yang kuat untuk menghasilkan karya keagamaan. Bagaimanapun, kami tidak mengehadkan penyertaan bahkan membuka peluang kepada orang ramai yang berminat.

“Melalui bengkel ini, kami berhasrat untuk membuka jalan kepada bakat baru mengetengahkan kreativiti dan pengisian karya secara tidak langsung. Justeru, peserta akan diajar cara menghasilkan usul sebelum manuskrip dihasilkan,” katanya.

Fitriah berkata kesedaran bahawa penulisan dakwah memberi sumbangan penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui penyebaran maklumat dan nilai murni akan diterapkan pada bengkel itu, sekali gus membantu ke arah melahirkan penulis berkualiti.

Peserta akan mendapat bimbingan daripada Editor buku agama, Ustaz Zaki Abd Rashid; Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Nadiyah Elias dan pesara guru Maahad Tarbiah Islamiah, Harun Zakaria yang akan memperkenalkan kaedah penghasilan usul yang berkualiti.

Yuran penyertaan RM20 dikenakan bagi menyertai bengkel terbabit, manakala maklumat lanjut boleh layari http://yayasannusrah.blogspot.com atau hubungi 04-9190051.

sumber:http://www.bharian.com.my/

No comments: