Yayasan sedang merancang lawatan belajar kerja amal ke kambodia pada
Jan 13-17 2011. ( 5 hari 4 malam dikira dari LCCT - dari Kedah tambah lagi satu malam)
Pekerja dari Kedah pelu mengambil cuti dua hari iaitu pada hari Khamis dan isnin, manakala peserta persekutuan tiga hari, iaitu khamis, jumaat, dan isnin.
Dalam lawatan Korban Kambodia tempohari wakil yayasan telah membuat perancangan usahasama dengan sebuah persatuan kebajikan di bawah pimpinan Hajah Masyitah, (juga baru ditubuhkan seperti Yayasan Nusrah) yang mempunyai falsafah operasi yang hampir selari dengan Yayasan Nusrah. Antaranya adalah menghubungkan antara pemohon derma dan penderma secara 'one to one', dan 'project by projek', berasaskan pendidikan, dan ke arah mendidik penerima untuk meningkatkan ekonomi dan tidak mengharapkan derma sahaja.
Antara keperluan yang telah dikenalpasti adalah derma:
- pam perigi Rm700 se unit, (tiada had jumlah kampung yang memerlukan)
- tanah tambun/tambak tanah perkuburan selori Rm40/RM50 - diperlukan 200 lori x 2 tempat dan
- bangunan sekolah RM 30,000
- RM500 - kenduri bagi sehari program per kampung
Selain dari menyampaikan derma tersebut di kampung-kampung berkaitan, kita juga akan mengadakan program didikan dakwah, iaitu mengajar anak-anak bersolat, dan aktiviti motivasi dan ukhwah. Program ini telah di pilotkan semasa lawatan korban dan modul telah disusun berdasarkan pengalaman tersebut- sesuai dengan masyarakat di sana dan kapasiti pelawat Malaysia.
Insya Allah kita merancang membawa bersama pasangan ustaz dan ustazah dari
Maahad Tarbiyyah Derang mewakili
Persatuan Ulama Kedah supaya idea baru boleh dicetus ke hadapan melibatkan
Persatuan Ulama Kedah.
Peserta boleh terlibat sebagai fasilitator progam ukhwah( latihan akan diberikan).
Peserta yang mengikuti lawatan ini boleh mempelajari bagaimana untuk merancang program kutipan derma dan lawatan amal sendiri untuk persatuan, masjid, kampung atau sekolah sendiri dengan berurusan bersama persatuan tersebut di atas sebagai hos di Kemboja, dan kempen kutipan derma boleh juga dilakukan melalui platform yayasan, atau dengan penasihatan yayasan.
Kos perbelanjaan adalah lebih kurang RM700 sahaja (dari LCCT) dari Kedah - tambah RM100 menaiki kereta bersama, dan boleh dibiayai sendiri, melalui tajaan kawan-kawan, ibu bapa (bagi remaja) atau oleh persatuan sendiri. Pihak kami sedia menerima tanggungjawab mengawasi dan membimbing aktiviti khas bagi remaja amanah dari ibu bapa anak-anak yang berumur 16 tahun ke atas. Tetapi ibubapa harus bersedia pelajar mangkir dari sekolah selama dua hari iaitu Khamis dan Isnin (Ahad cuti keputeraan Kedah).
Peserta limited budget boleh membayar RM700 sahaja dan yayasan menanggung kos tambahan, manakala peserta berkemampuan digalakkan memberi komitmen RM1000 untuk menanggung kos tambahan peserta budget sesuai dgn moto yayasan:
"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat".
Setiap peserta perlu membawa bersama sekurang-kurangnya RM500 derma- tak kira mana-mana tujuan di atas. Yayasan sedia membimbing proses pencarian dana tersebut samada dari projek perniagaan sendiri atau projek kempen kutipan derma.
Tarikh akhir komitmen program adalah sebelum atau pada 15 Disember- dengan yuran komitmen Rm400 bagi tempahan tiket penerbangan. Perancangan dan perbelanjaan lain boleh diurus kemudian (peserta perlu telah ada pasport pada tarikh tersebut untuk tujuan tempahan tiket penerbangan).
Tawaran tajaan juga dibuka kepada individu yang tidak turut serta untuk menaja 2 wakil Persatuan Ulama Kedah (RM700 seorang) Tumpang dapat pahala komisyen.
"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat"