Thursday, February 28, 2008

Bila Angan-Angan Menjadi Kenyataan: Pengenalan kepada Yayasan Kita

Ramai orang berminat untuk melakukan kerja amal, tetapi merasakan tidak mempunyai cukup masa untuk keluar berkecimpung di dalam persatuan atau yayasan kerana terikat dengan waktu kerja di pejabat. Untuk mengatur mensyuarat saja mengambil masa yang lama, dan satu-satu sesi mesyuarat mengambil masa yang begitu lama.

Tidak kurang juga, ramai yang ingin menyumbangkan wang untuk membantu orang lain, tetapi selalunya tidak tahu ke mana untuk ditujukan wang tersebut. Kadang-kadang kita kurang yakin apakah wang yang disumbangkan akan disalurkan dengan betul dan berkesan.

Kadang-kadang kita berminat untuk berkhidmat untuk mana-mana pertubuhan, tetapi susah untuk menjumpai pertubuhan yang boleh membantu kita menjalankan projek khidmat masyarakat yang kita anggap penting. Alangkah seronok jika kita boleh membina yayasan kita sendiri. Namun, membentuk satu yayasan memerlukan wang modal permulaan yang tinggi, dan komitmen tenaga yang begitu besar.

Bagaimana jika satu yayasan telah sedia terbentuk, di mana kita boleh memilih sendiri projek khidmat masyarakat yang akan kita jalankan mengikut keperluan setempat dan kemampuan komitmen kita sendiri. Bagaimana jika jalinan kerjasama telah sedia tersusun di mana kita boleh berkomunikasi dengan mudah bersama rakan sukarela sepasukan tanpa menghabiskan masa dengan terlalu banyak menyuarat.

Bayangkan ini: anda melihat satu keperluan. Anda menulis kertaskerja ringkas untuk menjalankan projek yang difikirkan boleh membantu. Dengan hanya memaparkannya dalam forum dan newsgroup, anda mendapat sepasukan sukarelawan. Bantuan kewangan mungkin tidak banyak, tetapi anda dan rakan mempunyai pelbagai saluran untuk berikhtiar. Selain dari sedikit modal permulaan yang boleh dimohon dari yayasan, anda boleh mewarwarkan kepada kumpulan penyumbang melalui langkah yang ringkas sahaja.

Inilah antara platform yang cuba disediakan oleh Yayasan Nusrah.


maassalaama

nadiyah

Wednesday, February 27, 2008

Assalamualaikum

Saya menggunakan blog ini untuk menyampaikan pemikiran saya mengenai yayasan yang dalam proses binaan. Insyaallah saya akan mencari tempat yang sesuai untuk ruangan forum di mana kita boleh berbincang dengan lebih selesa. Jika mudah, akan di link kan. nampak gayanya saya perlu cepat belajar perkara-perkara techie ini. Tak apa, walau pun saya anggap diri saya non-techie, saya juga menganggap diri saya a conscientious worker, di mana saya telah berjanji kepada diri saya, apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat (dalam batasan syariat, dan menurut keutamaan) saya akan lakukan, dan apa yang perlu saya pelajari untuk mencapai matlamat, saya akan pelajari, so there! Insyallah kita akan mendapat ruang untuk berbincang dan bertukar fikiran, dan kita akan bersama bergerak dalam membina yayasan kita.