Friday, May 6, 2011

Bengkel Penulisan Ilmiah / Islami


Pusat Islam , Universiti Utara Malaysia ( UUM ) – Yayasan Nusrah dengan kerjasama pihak Pusat Islam Universiti Utara Malaysia telah berjaya mengadakan satu bengkel penulisan,iaituBengkel Penulisan Ilmiah / Islami pada 4 dan 5 Mei yang lalu bertempat di Makmal Komputer, Pusat Islam. Antara yang turut menjayakan bengkel ini adalah Ustaz Yusnaidi dari Pusat Islam, wakil Yayasan Nusrah sendiri iaitu Dr.Nadiyah Elias dan Huda Shafie. Pihak Yayasan Nusrah telah menjemput seorang penceramah iaitu Encik Fauzul Na’im bin Ishak, Pengurus Besar (Penerbitan) Kumpulan PTS yang juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Fauzul Na’im Sdn. Bhd.(FNSB) untuk berkongsi ilmu mengenai dunia penerbitan buku yang semakin menarik perhatian pengarang – pengarang muda hari ini.

Bengkel yang telah diadakan selama dua hari ini telah berjaya mendapat sambutan pensyarah – pensyarah dan pelajar –pelajar PhD dari UUM sendiri. Antara yang dinantikan dan menarik perhatian peserta – peserta bengkel ini adalah kaedah mudah dan cepat yang digunakan untuk mengarang buku dalam pelbagai genre dan menepati sasaran dan isu semasa hari ini. Kaedah yang diperkenalkan telah terbukti berkesan untuk pengarang – pengarang yang sibuk dengan urusan harian namun kegigihan dan usaha untuk mengarang masih menebal dalam diri. Dengan kaedah yang diperkenalkan ini telah membuka mata dan ruang kepada golongan ini untuk terus berkarya demi cinta yang mendalam dalam dunia penulisan.

Para peserta juga telah didedahkan dengan pelbagai isu seperti Hak Cipta pengguna dan pengarang serta penerbit, statistik dunia penulisan, langkah – langkah penulisan, kelemahan dan kekuatan penulisan. Pelbagai isu menarik diolah dan dikupas bagi memudahkan peserta memahami dan lebih cenderung untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Teknik – teknik penulisan yang mantap juga dijelaskan satu per satu supaya peserta lebih dekat dengan sasaran pembaca dengan kualiti hasil penulisan.

Waluapun internet kini menjadi pesaing kepada penerbitan bahan bacaan, namun masih ramai pembaca yang lebih dominan dengan bahan bacaan bercetak seperti buku, majalah dan akhbar kerana setiap isu yang dibangkitkan dikupas dan diolah dengan lebih menarik dan padat. Ini adalah salah satu faktor penarikan kepada pengarang untuk terus berkarya dan menterjemah idea serta pendapat agar lebih ramai pembaca yang mendengar suara mereka, kata mereka dan ideologi mereka.








Wednesday, April 13, 2011

SLOT YAYASAN NUSRAH DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Pada 13 April 2011, Yayasan Nusrah telah mendapat slot ceramah bertempat di Institut Aminuddin Baki cawangan utara, Jitra diatas hasil usaha saudari Fitriah Lazim. Antara yang hadir adalah Tuan Haji Ghani iaitu Pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan utara itu sendiri. Manakala dari pihak yayasan pula diwakili oleh Dr. Nadiyah Elias dan Fitriah Lazim. Pihak Yayasan Nusrah telah menerbangkan khas penceramah dari Kemboja iaitu Hajjah Masyitah, Presiden ACCAM bertujuan memberi penerangan mengenai kehidupan seharian seorang muslim di kawasan luar bandar Kemboja.

Slot ceramah di IAB dimulakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nusrah iaitu Dr. Nadiyah Elias dimana beliau menerangkan mengenai Yayasan Nusrah. Kemudian, sesi seterusnya iaitu sesi soal jawab disambung oleh Hajjah Masyitah. Para peserta yang hadir begitu teruja mendengar penjelasan daripada beliau. Beliau juga fasih berbahasa melayu dan ini memudahkan lagi hubungan dua hala ketika perbincangan berlangsung. Setelah selesai sesi Hajjah Masyitah, kini giliran Saudari Fitriah Lazim membentangkan laporan mengenai Lawatan Amal ke Kemboja yang lalu. Beliau menunjukkan gambar-gambar yang diambil sepanjang lawatan iaitu gambaran suasana di kampung, barang dan alatan yang telah disumbangkan oleh pihak yayasan dan lain-lain lagi.

Program yang telah berlangsung ini telah memberi banyak manfaat kepada para peserta Institut Aminuddin Baki dan mereka juga berminat untuk mengadakan lawatan amal ke Kemboja dalam jangka masa terdekat. Semoga dengan adanya program seperti ini, masyarakat akan dapat mengetahui gambaran sebenar suasana umat Islam di Kemboja.









"Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat"

Thursday, March 31, 2011

Lawatan amal ke Tanah Besar China

"Allah telah beri rezeki yang baik untuk orang China, kini adalah masanya untuk kami bantu saudara kami di Kemboja". Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang saudara Islam semasa lawatan ke China baru-baru ini.

Pada 9 Mac 2011, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nusrah iaitu Dr Nadiyah Elias telah mengadakan lawatan ke Tanah Besar China. Lawatan ini telah menjalinkan hubungan baik antara Yayasan Nusrah dan penduduk Islam setempat. Beliau telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai Yayasan Nusrah, objektif yayasan serta projek yang telah dilaksanakan. Saudara Islam di China berminat untuk memberi sumbangan kepada saudara Islam di Kemboja. Antara sumbangan yang dapat diberi oleh pihak China adalah berupa pakaian seragam sekolah, alatulis, perabot, barangan yang boleh diniagakan oleh persatuan amal Kemboja seperti ACCAM.

Semoga pertemuan singkat ini mendapat redha dan keberkatan dari Allah S.W.T

Wednesday, February 23, 2011

Lawatan Belajar Kerja Amal di Kemboja

Yayasan Nusrah telah mengadakan lawatan kerja amal ke Kemboja selama lima hari bermula 15-19 Februari 2011. Lawatan kali pertama ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang wakil daripada yayasan dan 6 orang peserta luar dan merupakan kesinambungan kepada projek ‘korban-aqiqah Kemboja’ yang telah dijalankan oleh yayasan atas sumbangan orang ramai pada hari raya korban yang lalu. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah dengan tujuan merangka pakej ‘pelancongan amal’ terhadap rakyat Kemboja. Selain itu, pihak yayasan juga mengadakan perbincangan dan lawatan ke sekolah-sekolah agama bagi memperkasakan lagi pendidikan Islam di sana. Rombongan ini juga telah membawa derma sebanyak RM 10 000 yang terdiri daripada derma wang aqiqah, derma penyelenggaraan tandas dan pam air untuk kegunaan masyarakat setempat di kampung-kampung yang dilawati beserta derma pakaian, Alquran dan kitab-kitab zikir. Untuk melancarkan lagi gerak kerja ini, pihak yayasan telah bekerjasama dengan Association for Charitable Assistance & Social Development Cambodia (ACCAM) yang merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi membantu ekonomi dan kebajikan rakyat kemboja. Pihak ACCAM bertanggungjawab menguruskan segala perjalanan program sepanjang lawatan amal ini.

Selasa 15 Februari - rombongan yayasan tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh pada jam 5.45 petang dan bergerak ke Khmer City Hotel di Phnom Penh yang merupakan tempat penginapan peserta selama lawatan ini dijalankan. Perjalanan program bermula pada sebelah malam di mana sesi ramah mesra pihak yayasan dengan ACCAM telah diadakan di rumah presiden ACCAM iaitu Hajjah Masyitah Binti Abdul Rahman dan juga perbincangan secara terperinci tentang program yang bakal dijalankan selama beberapa hari ini.

16 Februari - sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia, peserta yayasan beserta pegawai ACCAM telah bertolak daripada Bandar Phnom Penh ke Wilayah Chenerang. Setelah lebih dua jam perjalanan, peserta tiba di kampung ‘Knai Kakah’. Program diadakan di surau kampung tersebut yang dimulai dengan acara ramah mesra dan praktikal solat kepada kanak-kanak, manakala slot ceramah telah diadakan kepada golongan dewasa dan disampaikan oleh peserta rombongan iaitu ustaz Amir dan Ustazah Zaharah dan di terjemahkan oleh ustaz Saeid yang merupakan salah seorang sukarelawan yang menyertai aktiviti ini. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah agihan sumbangan baju kepada penduduk kampung dan sembelihan lembu atas derma aqiqah yang telah disalurkan melalui yayasan. Pihak rombongan juga sempat menziarahi kawasan pembinaan pam air yang didermakan kepada keluarga salah seorang penduduk di kampung ini. program berakhir sekitar jam 6.00 petang dan para peserta pulang beredar pulang ke Phnom Penh.

17 Februari - program kerja amal diteruskan ke kampung Swai Pakau. Aktiviti dimulakan sekitar jam 11.00 pagi dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Amir dan disusuli dengan praktikal solat yang diadakan secara berasingan antara lelaki dan wanita. Di akhir aktiviti yayasan telah memberikan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung berupa pakaian, al-quran dan kitab-kitab zikir . Pada hari yang sama sekitar jam 3.30 petang, peserta bertolak ke kampung ‘Samrat Chai’ dimana para peserta perlu menaiki bot menyeberangi sebatang sungai untuk ke kampung tersebut. Yayasan telah menyampaikan sedikit sumbangan seperti pakaian dan Al-quran kepada pihak masjid di kampung tersebut serta meninjau kelas fardhu ain bagi penduduk setempat yang telah usang. Pada sebelah malam pula wakil rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan guru-guru agama di sebuah pusat pendidikan Islam berdekatan masjid Nurun-naim Kilometer 8, Phnom Penh. Agenda dalam perjumpaan ini adalah seputar perbincangan bagaimana memperkuatkan institusi pendidikan islam di Kemboja dan prasarana yang diperlukan bagi memperkasakan lagi pendidikan ini di kalangan masyarakat Kemboja.

18 Februari - para peserta telah diundang ke rumah salah seorang tenaga penggerak Al-Ihsan Association for Islamic Education and Development iaitu Ustaz Soleh Musa yang mana beliau juga terlibat secara langsung dalam pembangunan tadika dan sekolah rendah di kawasan KM 9 yang dikendalikan di bawah persatuan ini. Para peserta juga berkunjung ke rumah Ustaz saeid yang merupakan sukarelawan yang banyak membantu dalam gerak kerja lawatan amal ini. Pada jam 4.00 petang rombongan tiba di Tuol Sleng Genocide Museum. Di sini para peserta telah berpeluang melihat foto-foto dan kesan penyiksaan dan keperitan rakyat Kemboja di era revolusi Pol pot (1975-1979). Pada sebelah malam pula acara penyerahan sijil penyertaan oleh pihak ACCAM telah diadakan dan acara ini adalah acara kemuncak kepada lawatan kerja amal ini.

19 Februari - rombongan bergerak sekitar jam 8.00 pagi ke lapangan terbang Phnom Penh dan berlepas pulang ke Malaysia.

Secara keseluruhan, masih banyak lagi ruang kerja amal dan bantuan yang dapat disalurkan untuk pembangunan rakyat Kemboja terutam sekali kepada masyarakat islam. Diharapkan lawatan ini dapat menjadi pemacu kepada program susulan yang akan dijalankan oleh pihak Yayasan Nusrah dan ACCAM di masa hadapan. Pihak yayasan merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang-penyumbang daripada rakyat Malaysia samada secara langsung atau tidak langsung dan semoga setiap amal dan keikhlasan yang dicurahkan akan diganjari oleh Allah jua.
























Thursday, February 10, 2011

Program Keusahawanan Bersama Pelajar Kemboja dan Vietnam

Pada hari sabtu lepas bersamaan dengan 15 Januari 2011, Yayasan Nusrah telah menyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama Kedah yang diadakan di kawasan Derang. Pada hari tersebut, Yayasan Nusrah yang di terajui oleh Dr. Nadiyah diberi peluang untuk bercakap mengenai program keusahawanan yang disediakan oleh Yayasan. Dalam program itu, lebih daripada 30 orang penuntut Kolej Insaniah yang terdiri dari kalangan pelajar Kemboja dan Vietnam selain beberapa orang pelajar Malaysia yang mengambil bahagian. Usaha murni Yayasan Nusrah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar Kemboja dan Vietnam khususnya untuk menceburkan diri dalam bidang keushawanan. Sehubungan dengan itu , Dr. Nadiyah menjelaskan bahawa bidang keusahawanan ini dapat membantu pelajar mencari sumber pendapatan sampingan selain daripada bantuan keluarga ataupun pihak institusi. Dalam program ini juga, Yayasan telah menyediakan beg jualan yang mengandungi barang-barang yang boleh dijual oleh penuntut Insaniah dimana Yayasan akan memberi beg tersebut secara hutang. Di samping itu, pelajar yang berminat untuk menjadi agen jualan langsung Yayasan Nusrah akan mendapat keuntungan daripada jualan mereka.

“Tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat”

Gambar di sekitar program

Monday, January 10, 2011

KURSUS KESUKARELAWAN YAYASAN NUSRAH BERSAMA KAKITANGAN UUM

Kursus kesukarelawan bersama kakitangan Universiti Utara Malaysia telah berlangsung pada 10 Januari 2011 yang bertempat di bilik kuliah Sri Srintok 1. Kursus yang mengambil masa selama empat jam ini dibawah kelolaan saudari Zafirah Zulkifli selaku pekerja sosial di Yayasan Nusrah. Diantara matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam kerja sukarela disamping memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan apa juga bentuk bantuan. Kursus yang disampaikan oleh Dr.Nadiyah ini disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah kanan dan juga tutor yang bertugas di fakulti sains dan sastera. Melalui kursus seumpama ini Yayasan dapat mendedahkan masyarakat mengenai konsep sebenar kesukarelawan dan bagaimana masyarakat boleh mengaplikasikan konsep kesukarelawan dalam kehidupan seharian mereka. Dalam kursus ini juga, perserta diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan pertanyaan untuk mendalami lagi konsep kesukarelawan. Pada akhir kursus, para peserta menyatakan kepuasan kerana mendapat banyak maklumat mengenai kesukarelawan. Pihak Yayasan berharap selepas kursus ini, peserta akan lebih memahami konsep kesukarelawan seterusnya mampu mencapai matlamat Yayasan dalam usaha menarik lebih ramai individu yang sudi bekerjasama dengan Yayasan untuk menjayakan sesuatu program kesukarelawan.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Gambar disekitar kursus kesukarelawan


Wednesday, January 5, 2011

PROGRAM CEKAP DARAB MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR TEMPATAN

Program Cekap Darab yang telah berlangsung pada tahun lalu telah mendapat perhatian daripada akhbar tempatan. Berikut adalah keratan akhbar mengenai Program Cekap Darab yang berlangsung di UUM.

Tahniah Yayasan Nusrah!


SUMBANGAN UNTUK MEMBINA SURAU BAGI PENDUDUK TAMAN SERI MERANTI DAN TAMAN RESAK

Assalamualaikum wbt kepada semua saudara Islam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat rayuan derma bagi pembinaan surau Al Muhtadin. Surau Al Muhtadin ini terletak ditengah-tengah taman di antara Taman Resak dan Taman Seri Meranti. Surau ini kelak akan digunakan oleh semua qariah bagi Taman Resak (1,2 dan 3), Taman Seri Meranti dan juga Taman Seraya. (lebih kurang seramai 2000 orang). Kos pembinaan surau adalah dijangkakan dalam RM 150,000 ke 200,000.00.

Saya bagi mewakili Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Surau Al Muhtadin ingin merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab kita ke atas perkembangan agama ALLAH dengan mendermakan sejumlah wang atau lain-lain bentuk sumbangan bagi membantu pembinaan surau tersebut.

Kami telah berjaya mendapatkan surat sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu untuk membuka akaun SURAU AL-MUHTADIN.

Nombor akaun surau Al-Muhtadin adalah: 02093027514670 Bank Islam Malaysia Berhad cawangan UUM, Sintok.

Untuk makluman semua akaun Surau atau Masjid dengan BIMB hanya akan dapat dibuka selepas mendapat kelulusan dari Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu. Sumbangan kewangan bolehlah dibuat terus ke dalam akaun Surau Al Muhtadin BIMB melalui:-

1. Kaunter bank

2. Mesin ATM (melalui pindahan akaun ke akaun lain-lain (masukkan no. akaun surau)

3. BIMB atau bank lain secara on-line (pastikan nombor akaun betul)

atau Boleh terus serah kepada saya dengan mengambil resit. Lain-lain bentuk sumbangan bolehlah terus hubungi saya. Di harapkan juga muslimin dan muslimat semua dapat menghebahkan rayuan ini kepada semua yang lain samada individu, syarikat atau lain-lain organisasi. Kami berharap surau ini akan dapat siap dibina dan digunakan menjelang bulan Ramadan 2011 nanti.

Pengerusi : Nizamuddin 019 5589476

Timbalan Pengerusi : Pak Yusof (taman Meranti) 019 4760327

Setiausaha : Mohd. Asri (Tmn Resak) 019 4192476

Tim. Setiausaha : Mohd. Noor (Tmn Resak) 013 5036946

Bendahari : Zainol (Tmn Meranti) 019 6183155

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata; Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya yang berterusan selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al-Quran yang diwarisinya atau masjid (surau) yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya.”

Semoga rayuan kami ini akan mendapat maklumbalas, perhatian dan keperihatinan dari semua muslimin dan muslimat dan semoga dengan itu juga akan mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH S.W.T. dan sentiasa mendapat pahala yang berpanjangan serta kejayaan dan keselamatan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Bersamalah membantu membina rumah ALLAH.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak,

Pembinaan Surau Al-Muhtadin Taman Resak & Taman Sri Meranti,

Tuesday, December 28, 2010

Yayasan Nusrah menerima sumbangan untuk projek ke Kemboja

Pada hari ini, bersamaan 27 Disember 2010, Yayasan Nusrah telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 4300.00 daripada orang ramai. Selain itu, Yayasan juga menerima sumbangan 40 naskah Al-quran dan 150 naskah Surah Yasin. Melalui sumbangan ini, ia menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan menderma dan tanda sokongan mereka terhadap program amal yang dijalankan oleh Yayasan Nusrah. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan amat mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak-pihak diluar sana yang sudi untuk menghulurkan sumbangan agar program ke Kemboja berjaya mencapai matlamatnya.

“Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat”

Wednesday, December 22, 2010

LAPORAN KEWANGAN BANJIR YAYASAN NUSRAH 2010

Wang masuk

NOSUMBERJUMLAH (RM)
1.Tunai daripada orang ramai2105.00
2.Sumbangan melalui pihak bank1540.00
3.Pendapatan yayasan1000.00
JUMLAH4645.00

Wang keluar

NO.PERKARAJUMLAH(RM)
1.Belian toto1800.00
2.Belian bantal1600.00
3.Alat pencuci + pencuci150.00
4.Makanan untuk sukarelawan300.00
5.Beli mesin basuh semi auto340.00
6.Sukarelawan berbayar600.00
JUMLAH4790.00

Gambar sekitar banjir di Kedah

Barang-barang yang didermakan oleh orang ramai kepada mangsa banjir

Kawasan jalan raya yang turut dinaiki air

SEKITAR BENGKEL PENULISAN BUKU

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Yayasan Nusrah berjaya melaksanakan bengkel penulisan buku bersama guru-guru sekolah agama sekitar negeri Kedah, di mana bengkel ini diterajui oleh saudari Fitriah. Pada 18 dan 22 Disember seramai 18 orang tenaga pengajar dari pelbagai sekolah telah menghadiri bengkel yang diadakan di Dewan Budaya Institusi Aminuddin Baki, Jitra Kedah. Pada sesi pertama, peserta didedahkan dengan manfaat yang dapat diperolehi melalui penghasilan karya dan bimbingan menyediakan kertas kerja. Pada sesi berikutnya, peserta diminta untuk membentangkan kertas kerja yang dihasilkan bagi tujuan penilaian oleh juri dan seterusnya diberi berpeluang menerbitkan buku dengan kerjasama Yayasan Nusrah. Bengkel penulisan seumpama ini dilihat mampu mencungkil bakat baru disamping boleh menjana sumber pendapatan sampingan bagi mereka yang benar-benar berbakat. Yayasan Nusrah melihat program seperti ini sebagai satu usaha untuk membantu golongan asatizah menambahkan pendapatan mereka, dengan harapan golongan ini tidak hanya tertumpu kepada bidang pengajaran semata-mata tetapi mampu menghasilkan karya yang bermutu. Melihat kepada kesungguhan para peserta semasa mengikuti bengkel ini, pihak yayasan berbesar hati sekiranya berpeluang untuk mengadakan bengkel ataupun kursus dengan para asatizah pada masa hadapan.

“Tolong menolong, kebaikan bersama dunia akhirat”


Peserta bengkel sedang membentangkan kertas kerja masing-masing.

Peserta bengkel khusyuk mendengar pembentangan rakan-rakan yang lain

Penceramah jemputan Ustaz Zaki tengah menyampaikan ceramah kepada peserta

Tuesday, December 21, 2010

USAHASAMA PERNIAGAAN DI ANTARA YAYASAN NUSRAH BERSAMA PELAJAR THAILAND

Pada 20 Disember 2010, kedai Amal Yayasan Nusrah menerima kunjungan daripada dua orang pelajar Thailand yang menuntut di Kolej Univesiti Insaniah iaitu saudara Muhammad dan saudari Rohani. Pelajar yang mengambil jurusan syariah ini berminat untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Yayasan Nusrah yang mana yayasan amat mengalu-alukan dan sentiasa menghargai usaha pelajar ini untuk membantu mengembangkan perniagaan yayasan ke negara jiran.

Pada hari tersebut kedua penuntut kolej Insaniah telah membeli lebih daripada 30 pasang pakaian terpakai yang terdiri daripada baju kurung, kemeja dan pakaian lelaki untuk dipasarkan di negara mereka. Melalui usahasama dengan penuntut Thailand ini, secara tidak langsung telah membuka peluang perniagaan untuk yayasan bertapak di negara gajah putih itu. Hal ini kerana, mereka dapat membantu Yayasan untuk mencari sekolah-sekolah pondok yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama-sama. Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan pertukaran perniagaan di antara Yayasan dan masyarakat di Thailand.

Diharapkan usaha murni penuntut ini untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan Yayasan Nusrah akan berkekalan dan terus berkembang. Yayasan juga berbesar hati sekiranya terdapat pihak-pihak lain yang sudi menjalinkan usahasama untuk memasarkan barangan yayasan yang mana barangan yayasan tidak terhad kepada pakaian terpakai sahaja malah yayasan juga turut menjual produk kesihatan seperti madu lebah dan habbatus sauda.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”


Penuntut Thailand sedang sibuk memilih pakaian yang hendak dipasarkan di negara mereka.

Pekerja sosial (kanan) memerhatikan saudari Rohani memilih baju kurung yang berkenan di hati

Kakitangan Yayasan Nusrah memberi peneranagn mengenai pakaian yang dijual di kedai Amal Yayasan Nusrah sambil diperhatikan oleh saudara Muhammad dan saudari Rohani (pelajar Thailand)

Wednesday, December 15, 2010

Bengkel Penulisan Buku Agama

BENGKEL Penulisan Buku Agama 2010 bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan keagamaan akan diadakan di Institut Aminuddin Baki, Jitra, pada 18 dan 21 Disember ini, jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Program anjuran Yayasan nusrah kelolaan Fitriah Mohd Lazim bakal memberi pendedahan kepada peserta yang meminati penulisan karya agama selain berkongsi pengalaman dalam penghasilan karya bermutu.
“Kami mensasarkan penyertaan guru agama kerana mereka ada pengetahuan asas yang kuat untuk menghasilkan karya keagamaan. Bagaimanapun, kami tidak mengehadkan penyertaan bahkan membuka peluang kepada orang ramai yang berminat.

“Melalui bengkel ini, kami berhasrat untuk membuka jalan kepada bakat baru mengetengahkan kreativiti dan pengisian karya secara tidak langsung. Justeru, peserta akan diajar cara menghasilkan usul sebelum manuskrip dihasilkan,” katanya.

Fitriah berkata kesedaran bahawa penulisan dakwah memberi sumbangan penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui penyebaran maklumat dan nilai murni akan diterapkan pada bengkel itu, sekali gus membantu ke arah melahirkan penulis berkualiti.

Peserta akan mendapat bimbingan daripada Editor buku agama, Ustaz Zaki Abd Rashid; Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Nadiyah Elias dan pesara guru Maahad Tarbiah Islamiah, Harun Zakaria yang akan memperkenalkan kaedah penghasilan usul yang berkualiti.

Yuran penyertaan RM20 dikenakan bagi menyertai bengkel terbabit, manakala maklumat lanjut boleh layari http://yayasannusrah.blogspot.com atau hubungi 04-9190051.

sumber:http://www.bharian.com.my/

Thursday, December 9, 2010

Pengusaha dodol mati jatuh kawah

















TUMPAT: Hasrat seorang pengusaha dodol memenuhi permintaan pasaran yang tinggi ketika cuti sekolah, bertukar tragedi apabila mati terjerumus ke dalam kawah panas dodol yang dimasaknya itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Laut dekat sini, mangsa, Wan Zainab Wan Ali, 62, meninggal dunia ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tumpat, sejurus dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat.

Mangsa mati dalam keadaan melecur teruk pada kedua-dua kaki dan muka, selain tangan kanannya remuk akibat terperangkap pada putaran mata mesin pengacau dodol berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakub Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjerumus dalam kawah selepas tudung dipakainya tersangkut dan terlilit pada batang mesin pengacau dodol terbabit ketika memeriksa masakan berkenaan.

Anak saudara mangsa, Nik Roslan Nik Hussein, 41, berkata beliau bergegas ke bangsal tempat ibu saudaranya mengusahakan dodol selepas terdengar jeritannya meminta tolong.

“Saya bergegas meninjau keadaan mak cik yang bersendirian di bangsal dan terkejut melihatnya sedang dipusing mesin pengacau dodol sambil meraung kesakitan. Saya terus mematikan mesin terbabit sebelum mengambil air menjirusnya dan memanggil bantuan penduduk.
“Penduduk yang datang hanya menyiram air pada dodol panas kerana sukar mengeluarkan mak cik berikutan keadaannya mengerikan dengan kaki tersekat pada sebelah batang mesin,” katanya.

Enam anggota Bomba dan Penyelamat Tumpat yang tiba pada jam 5.30 petang, mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong komponen kawah sebesar satu pemeluk dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter itu dan mengeluarkan mangsa yang terus dipeluk anaknya, Zarika, 40, dalam keadaan menyayat hati.

Sunday, December 5, 2010

YN's Booth Just Starts Its Business

Yayasan Nusrah has gone a step further with the opening of one of its business chapters around Kubang Pasu and its surrounding. While its still doing a home-based bundle business which is known as Kedai Amal, its mobile shop has just started to sell varieties of clothes on last Friday(04 Dicember 2010). The price ranged between RM3 to RM5 per piece and has made it affordable for everybody to buy. More than that, the quality of the clothes indeed more or less as equal as a new one.



The mobile shop was opened at Pekan Nat nearby Kg Asun under the supervision of Brother Ishomuddin, the Merketing Officer of Yayasan Nusrah. This first trial was in fact a very successful implementation of series of discussion between YN's staffs. Yet, there will be a lot more places to get into in the future such as Pasar Malam Taman Mahsuri and Bukit Kayu Hitam. The process is still in planning and it is hoped that the mobile shop will be opened as planned before.
"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat"

Thursday, December 2, 2010

Bantuan Mencari Dana Membina Bangunan Sekolah

Nama Sekolah : Pusat Bimbingan Faidhul Ahmadiyyah

Alamat : No 290 Jalan Masjid Lama Jitra, 06000 Jitra Kedah Darul Aman

Jumlah Di perlukan : Fasa 1 : RM 300k untuk membina satu bangunan sekolah dua tingkat

No. Tel Untuk di Hubungi : Haji Ani 019-5730189 / Yayasan Nusrah : 04-9190095

Emel : Faidhul.ahmadiyyah[at]gmail.com

No. Akaun Pusat Bimbingan Faidhul Ahmadiyyah : 0982022006121 (Ambank)

Antara gambar tapak asal bangunan asrama sekolah Faidhul Ahmadiyyah yang akan dibangunkan semula






"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat"

Wednesday, December 1, 2010

Muslims Around The Word

In France, Muslims Face Tougher Job Search

WASHINGTON - Muslims in France face a tougher time landing a job interview than their Christian counterparts, suggested a study out Monday in the Proceedings of the National Academy of Sciences.

The team of U.S. and French researchers conducted the research by sending out 275 pairs of identical resumes, except that some had a fictitious Muslim applicant from Senegal and others had a Christian one.

"For every 100 positive responses received by the fictitious Senegalese Christian applicant, 'Marie Diouf,' Marie's Muslim counterpart, 'Khadija Diouf,' received only 38 responses, or two-and-a-half times fewer," said the study.

The only differences in the applications were the names and two indicators of religious identity. They were sent to companies in France that were seeking office workers.

The study authors said their analysis may have underestimated the degree of bias because "a portion of the French population does not readily associate Senegalese Muslims with Islam, and companies may wish to appear unbiased by granting call-backs to Muslim candidates without an intent to hire."

An earlier study in 2009 that examined 511 Senegalese Christians and Muslims in France found that second generation Muslim households earned an average of 400 euros less per month than comparable Christian households.

Source : http://islamonline.com/

Awas SMS Penipuan Masih Berleluasa

Warga emas
terima SMS tipu

ALOR SETAR
- Sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan ribuan ringgit kepada pengguna telefon bimbit masih berleluasa walaupun pelbagai tindakan dan peringatan dikeluarkan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Sinar Harian sering mendapat aduan berhubung kegiatan ini yang menjerat orang ramai untuk mendapatkan jumlah wang yang besar dengan cara yang mudah.

Baru-baru ini, pengadu, Ahmad Mat Arif, 79, berkata, SMS diterima bulan lalu yang menyatakan bahawa kad sim nombor telefon bimbitnya adalah bertuah dan memenangi wang berjumlah RM17,000 daripada sebuah syarikat minyak.

Menurutnya, dia yang kurang pasti dengan SMS yang diterima, mengambil tindakan dengan menghubungi semula nombor yang menghantar mesej tersebut.

“Saya cuba menghubungi individu tersebut untuk menanyakan mengenai mesej yang dihantar lalu dia mengarahkan saya untuk memberikan nombor akaun bank.

“Apabila saya menanyakan tujuan untuk memberikan nombor akaun, dia tidak menjawab dan apabila saya tidak memberikan nombor akaun, dia terus meletakkan telefon bimbit,” katanya.

Ahmad berkata, bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan, dia turut menghubungi syarikat minyak tersebut dan pihak itu menafikan perkara berkenaan.

Menurutnya, syarikat minyak itu turut menasihatkan supaya saya tidak mempercayai SMS ataupun panggilan yang menawarkan hadiah ataupun wang ringgit daripada syarikat tersebut.

“Mereka memaklumkan kepada saya, jangan mempercayai perbuatan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana itu kadangkala memberi kesan kepada nama syarikat.

“Saya juga bimbang sekiranya orang ramai mempercayai SMS yang mereka terima dan memberikan nombor akaun kepada mereka yang tidak dikenali semata-mata untuk mendapatkan hadiah dan wang,” katanya.

Sebelum ini, dia juga pernah menerima tawaran yang sama, namun menggunakan kaedah yang berbeza pada tahun lalu.

Ahmad berkata, pada waktu itu dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai tawaran tersebut.

Namun katanya, tindakan yang sama turut diambil oleh pemanggil itu dengan mematikan panggilan apabila ditanya mengenai tujuan nombor akaun diberikan.

“Apabila saya tidak beri nombor akaun, dia terus meletakkan telefon tanpa menjawab soalan yang saya ajukan.

“Saya berharap supaya orang ramai terutamanya golongan warga emas jangan mudah terpengaruh dengan perkara ini,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Lawatan Belajar Kerja Amal Ke Kemboja

Yayasan sedang merancang lawatan belajar kerja amal ke kambodia pada
Jan 13-17 2011. ( 5 hari 4 malam dikira dari LCCT - dari Kedah tambah lagi satu malam)
Pekerja dari Kedah pelu mengambil cuti dua hari iaitu pada hari Khamis dan isnin, manakala peserta persekutuan tiga hari, iaitu khamis, jumaat, dan isnin.

Dalam lawatan Korban Kambodia tempohari wakil yayasan telah membuat perancangan usahasama dengan sebuah persatuan kebajikan di bawah pimpinan Hajah Masyitah, (juga baru ditubuhkan seperti Yayasan Nusrah) yang mempunyai falsafah operasi yang hampir selari dengan Yayasan Nusrah. Antaranya adalah menghubungkan antara pemohon derma dan penderma secara 'one to one', dan 'project by projek', berasaskan pendidikan, dan ke arah mendidik penerima untuk meningkatkan ekonomi dan tidak mengharapkan derma sahaja.

Antara keperluan yang telah dikenalpasti adalah derma:
  • pam perigi Rm700 se unit, (tiada had jumlah kampung yang memerlukan)
  • tanah tambun/tambak tanah perkuburan selori Rm40/RM50 - diperlukan 200 lori x 2 tempat dan
  • bangunan sekolah RM 30,000
  • RM500 - kenduri bagi sehari program per kampung


Selain dari menyampaikan derma tersebut di kampung-kampung berkaitan, kita juga akan mengadakan program didikan dakwah, iaitu mengajar anak-anak bersolat, dan aktiviti motivasi dan ukhwah. Program ini telah di pilotkan semasa lawatan korban dan modul telah disusun berdasarkan pengalaman tersebut- sesuai dengan masyarakat di sana dan kapasiti pelawat Malaysia.

Insya Allah kita merancang membawa bersama pasangan ustaz dan ustazah dari Maahad Tarbiyyah Derang mewakili Persatuan Ulama Kedah supaya idea baru boleh dicetus ke hadapan melibatkan Persatuan Ulama Kedah.
Peserta boleh terlibat sebagai fasilitator progam ukhwah( latihan akan diberikan).

Peserta yang mengikuti lawatan ini boleh mempelajari bagaimana untuk merancang program kutipan derma dan lawatan amal sendiri untuk persatuan, masjid, kampung atau sekolah sendiri dengan berurusan bersama persatuan tersebut di atas sebagai hos di Kemboja, dan kempen kutipan derma boleh juga dilakukan melalui platform yayasan, atau dengan penasihatan yayasan.

Kos perbelanjaan adalah lebih kurang RM700 sahaja (dari LCCT) dari Kedah - tambah RM100 menaiki kereta bersama, dan boleh dibiayai sendiri, melalui tajaan kawan-kawan, ibu bapa (bagi remaja) atau oleh persatuan sendiri. Pihak kami sedia menerima tanggungjawab mengawasi dan membimbing aktiviti khas bagi remaja amanah dari ibu bapa anak-anak yang berumur 16 tahun ke atas. Tetapi ibubapa harus bersedia pelajar mangkir dari sekolah selama dua hari iaitu Khamis dan Isnin (Ahad cuti keputeraan Kedah).


Peserta limited budget boleh membayar RM700 sahaja dan yayasan menanggung kos tambahan, manakala peserta berkemampuan digalakkan memberi komitmen RM1000 untuk menanggung kos tambahan peserta budget sesuai dgn moto yayasan:
"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat".


Setiap peserta perlu membawa bersama sekurang-kurangnya RM500 derma- tak kira mana-mana tujuan di atas. Yayasan sedia membimbing proses pencarian dana tersebut samada dari projek perniagaan sendiri atau projek kempen kutipan derma.


Tarikh akhir komitmen program adalah sebelum atau pada 15 Disember- dengan yuran komitmen Rm400 bagi tempahan tiket penerbangan. Perancangan dan perbelanjaan lain boleh diurus kemudian (peserta perlu telah ada pasport pada tarikh tersebut untuk tujuan tempahan tiket penerbangan).


Tawaran tajaan juga dibuka kepada individu yang tidak turut serta untuk menaja 2 wakil Persatuan Ulama Kedah (RM700 seorang) Tumpang dapat pahala komisyen.

"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat"

Bengkel Penulisan Buku 2010

TARIKH : 18 & 21 DISEMBER 2010
HARI : SABTU & SELASA
MASA : 9:00 PAGI - 4:30 PETANG
TEMPAT : INSTITUT AMINUDDIN BAKI
YURAN : RM20
PENGINAPAN : HANYA DISEDIAKAN UNTUK PESERTA JAUH SAHAJA, ATAS PERMINTAAN.

Penyertaan :

1) Guru-guru Agama.

2) Individu yang berminat.



Penceramah :
1) Ustaz Zaki bin Abd Rashid
Editor & Penerbit Buku –buku Agama

2) Dr.Nadiyah Binti Elias
Pensyarah Kanan UUM
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Nusrah

3) Cikgu Harun Bin Zakaria
Pesara Guru, Guru Maahad Tarbiah Islamiah


Jika berminat sila hubungi :

Fitriah Mohd Lazim - 019-558 1360
Dr Nadiyah Elias - 012-422 1900

Atau datang terus ke pejabat urusan Yayasan Nusrah dialamat:

Yayasan Nusrah
No1, Siaran 7,
Taman siswa UUM
Bandar Darul Aman
06000 Jitra, Kedah.
Tel : 04 – 919 0051
Fax: 04 – 919 0095


"Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat"